Select Page

Set Kurus Shaklee adalah pilihan yang tepat untuk anda yang ingin memiliki tubuh yang sihat dan ideal terutama bagi mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan bagaimana set ini boleh membantu anda menurunkan berat badan secara sihat, berkesan, dan tanpa kesan sampingan.

Tapi sebelum itu, saya disklaimer dahulu bahawa produk Shaklee ini bukan bertujuan untuk menyembuhkan atau merawat tetapi digunakan sebagai makanan tambahan untuk membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal. Jika anda mempunyai masalah kesihatan, digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.

Apa Itu Set Kurus Shaklee?

Set ini adalah kombinasi produk dari Shaklee yang diformulasi khas untuk membantu anda menurunkan berat badan dengan cara yang sihat dan semulajadi, Ia mengandungi beberapa produk yang bekerja bersama-sama untuk membakar lemak, meningkatkan metabolisme, mengurangkan selera makan, dan meningkatkan tenaga. Produk-produk dalam Set Kurus Shaklee adalah selamat, berkesan, dan semulajadi, tanpa bahan kimia yang berbahaya.

Antara produk yang ada dalam set ini ialah,

1. DTX Complex

DTX Complex adalah salah satu produk yang sangat penting dalam Set Kurus Shaklee, ia berfungsi untuk menyokong kesihatan hati, yang merupakan organ penting dalam proses detoksifikasi tubuh. Hati berperanan untuk menyingkirkan toksin dan bahan buangan daripada tubuh. Oleh itu, DTX Complex membantu hati berfungsi dengan lebih efisien, mempercepatkan proses detoks, dan memastikan tubuh anda berada dalam keadaan terbaik untuk menurunkan berat badan dengan lebih mudah.

2. Cinch Shake

Cinch Shake adalah minuman pemakanan tinggi protein yang sangat popular dalam Set Kurus Shaklee. Ia mengandungi protein soya yang berkualiti tinggi dan membantu meningkatkan metabolisme tubuh. Dengan pengambilan Cinch Shake, anda akan merasa kenyang lebih lama, mengurangkan keinginan untuk makan secara berlebihan, dan seterusnya membantu dalam mengawal berat badan. Cinch Shake juga mengandungi vitamin dan mineral penting yang menyokong kesihatan keseluruhan tubuh, memberi tenaga, dan meningkatkan daya tahan tubuh.

3. Lecithin

Lecithin adalah suplemen yang mengandungi fosfolipid, yang berfungsi untuk membantu proses pengemulsian lemak dalam tubuh dan membantu memecahkan lemak dan membakar kalori lebih efisien. Ia juga sangat berguna untuk mengawal tahap kolesterol dalam darah dan meningkatkan fungsi hati. Lecithin sangat baik untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan cara yang lebih semulajadi.

4. Alfalfa Complex

Herba ini membantu membuang toksin dan memperbaiki sistem pencernaan dan membantu mengurangkan penahanan air dalam tubuh, yang menyebabkan rasa bengkak dan berat. Alfalfa juga mengandungi banyak nutrisi yang penting untuk tubuh, termasuk vitamin dan mineral yang menyokong sistem imun dan kesihatan keseluruhan.

5. Vivix

Minuman kesihatan yang mengandungi resveratrol ini merupakan satu bahan yang sangat kuat dalam melawan penuaan selular dan memperbaiki kesihatan tubuh, ia dihasilkan daripada gabungan ekstrak anggur muscadine, lobak ungu, kekwa, dan polygonum cuspidatum, yang semuanya kaya dengan antioksidan dan fitonutrien. Vivix terkenal kerana mampu memberi manfaat kepada tubuh dengan cara yang holistik, membantu dalam meningkatkan tahap tenaga dan melawan kerosakan sel akibat radikal bebas.

6. ResV

RESV adalah satu lagi produk dari Shaklee yang mengandungi resveratrol yang lebih kuat dan lebih berkesan dan dihasilkan menggunakan teknologi terkini dan menggabungkan resveratrol dengan polyphenol daripada anggur muscadine, beri biru, dan beras merah. Formula yang lebih canggih ini membolehkan RESV memberikan antioksidan yang lebih kuat dalam melawan radikal bebas dan mengekalkan kesihatan sel.

Bagaimana Set Kurus Shaklee Membantu Menurunkan Berat Badan?

Pengedar Shaklee Kluang

1. Mengurangkan Selera Makan

Dengan pengambilan Cinch Shake, rasa kenyang lebih lama dan ini akan mengurangkan keinginan untuk makan secara berlebihan. Ini amat membantu dalam mengawal jumlah kalori yang masuk ke dalam tubuh, seterusnya membantu penurunan berat badan.

2. Membakar Lemak dan Meningkatkan Metabolisme

Produk seperti Lecithin dan Cinch Shake berfungsi untuk membakar lemak dan meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh. Metabolisme yang lebih cepat membantu tubuh membakar kalori dengan lebih efisien, seterusnya mempercepatkan proses penurunan berat badan.

3. Detoksifikasi dan Pembersihan Usus

Produk seperti DTX dan Alfalfa Complex membantu dalam proses detoksifikasi dan membersihkan usus dari toksin yang terkumpul. Dengan pencernaan yang lebih baik, tubuh lebih mampu menyerap nutrien dengan efisien, sekaligus membantu proses penurunan berat badan.

4. Meningkatkan Tenaga dan Daya Tahan Tubuh

Ketika menurunkan berat badan, ramai orang merasa lemah dan kurang bertenaga. Namun, dengan pengambilan Cinch Shake dan Alfalfa Complex, tubuh akan tetap bertenaga dan dapat menjalani aktiviti harian tanpa rasa letih atau kehabisan tenaga. Ini membolehkan anda lebih aktif dan melakukan senaman yang boleh membantu mempercepatkan penurunan berat badan.

Kelebihan Set Kurus Shaklee

Antara kelebihan yang menjadikannya pilihan yang bijak untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan cara yang sihat dan berkesan:

  1. Selamat dan Semulajadi – Produk Shaklee menggunakan bahan semulajadi yang berkualiti tinggi dan bebas daripada bahan kimia berbahaya.
  2. Tiada Kesan Sampingan – Berbanding dengan produk kurus lain yang mengandungi bahan kimia atau kafein, Set Kurus Shaklee adalah selamat untuk digunakan dalam jangka panjang tanpa kesan sampingan yang merbahaya.
  3. Membantu Membakar Lemak dan Menurunkan Berat Badan – Gabungan suplemen dalam Set Kurus Shaklee berfungsi untuk membakar lemak, mengurangkan selera makan, dan mempercepatkan proses penurunan berat badan.
  4. Meningkatkan Tenaga dan Menyokong Kesihatan – Set ini tidak hanya membantu menurunkan berat badan, tetapi juga memberikan tenaga yang berpanjangan dan menyokong kesihatan keseluruhan tubuh.
  5. Mudah dan Praktikal – Anda hanya perlu mengambil suplemen yang disarankan setiap hari, tanpa perlu mengikut diet yang rumit atau senaman yang berat.

Testimoni Hidup Pengguna Set Kurus Shaklee

Tidak percaya dengan keberkesanannya? Berikut adalah testimoni saya sendiri selepas menggunakan Set Kurus Shaklee dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20kg

Testimoni Set Kurus Shaklee

Cara Pengambilan secara ‘general’

Untuk mendapatkan hasil terbaik, pastikan anda mengikut panduan pengambilan yang disarankan. Biasanya, pengambilan suplemen dilakukan pada waktu pagi atau malam selepas makan, mengikut arahan yang diberikan. Jangan lupa juga untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan senaman yang sederhana dan pemakanan seimbang.

Jom Dapatkan dengan Pengedar Shaklee Kluang Sekarang!

Jangan tunggu lagi! Klik di sini untuk mendapatkan Set Kurus Shaklee dan mulakan langkah pertama menuju tubuh yang lebih sihat dan ideal. Anda pasti tidak akan menyesal!